8 research outputs found

    Penilaian kualiti persekitaran dalaman (IEQ) bangunan Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia dalam konteks pengurusan fasiliti

    Get PDF
    Kualiti Persekitaran Dalaman atau Indoor Environmental Quality (IEQ) merupakan komponen penting dalam konteks bangunan mesra alam yang akan menentukan tahap kualiti penghuni di dalam sesebuah bangunan. Secara purata dianggarkan 80% kehidupan seharian manusia adalah berada di dalam bangunan. Ketidakseimbangan IEQ menyumbang kepada Sindrom Bangunan Sakit (Sick Building Syndrome) sekali gus memberi kesan kepada produktiviti para penghuni juga kepada struktur bangunan. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kesedaran pihak pengurusan harta dan fasiliti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terhadap IEQ dalam konteks bangunan akademik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur tahap IEQ dan tahap kepuasan pengguna dalam bangunan akademik di IPTA. Kajian ini melibatkan bangunan akademik di 20 IPTA di Malaysia. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, kajian saintifik dan juga pendekatan secara kuantitatif. Pendekatan Kualitatif digunakan bagi menilai tahap kesedaran pihak pengurusan harta dan fasiliti IPTA melalui proses temubual yang melibatkan 20 orang responden. Manakala pendekatan kedua adalah melalui kajian saintifik ke atas bangunan akademik yang memfokuskan kepada pengukuran elemen keselesaan terma, keselesaan bunyi, kualiti udara dalaman dan pencahayaan. Hasil pengukuran elemen tersebut dibandingkan dengan piawaian dari Malaysia Standard (MS 1525;2007) dan UNESCO. Bagi setiap IPTA, lima buah bilik kuliah dijadikan sampel dengan tiga kali bacaan setiap hari selama dua hari diperolehi bagi mendapatkan bacaan purata. Seterusnya, melalui pendekatan kuantitatif, data yang diperolehi melalui kaji selidik melibatkan 500 responden dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan kesedaran para pengurus harta dan fasililti di IPTA terhadap IEQ adalah baik tetapi masih ada beberapa kelemahan yang perlu ditambahbaik. Hasil ujian saintifik yang diperolehi menunjukkan bacaan bagi suhu dalaman, hanya UniSZA, UTHM dan UniMAS yang menepati piawaian, manakala bagi pencahayaan, UM, UIAM, UPSI, USM, UniSZA, UTM, UTHM, UTeM, UMS dan UniMAS berada di bawah tahap piawaian ditetapkan. Bagi keamatan bunyi, hanya UM, UPM, UPSI, USM dan UniMAP yang menunjukkan bacaan pada piawaian ditetapkan. Keseluruhannya menunjukkan bacaan berada pada tahap yang sederhana dan masih lagi memerlukan pernambahbaikan. Kajian ini turut mempamerkan bacaan purata bagi setiap elemen IEQ bagi bangunan akademik seluruh IPTA. Penemuan hasil kajian ini dijangka dapat membantu pihak pengurusan harta dan fasiliti IPTA dalam usaha menambahbaik tahap IEQ dalam bangunan akademik di kampus universiti sekaligus dapat meningkatkan tahap pengurusan fasiliti dalam mencapai tahap kelestarian kampus IPTA di Malaysia

    Pembangunan kerangka strategi dalam penyelesaian harta tanah Al-Mafqud di Malaysia

    Get PDF
    Orang hilang atau istilah dalam bahasa arab dikenali sebagai al-Mafqud merupakan golongan yang tidak pasti keadaan sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Isu al-Mafqud menjadi perhatian semenjak tragedi MH 370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014. Namun, isu al-Mafqud ini sebenarnya bukan hanya menimbulkan persoalan dari aspek status sahaja, bahkan turut menimbulkan persoalan mengenai isu pengurusan harta milik al-Mafqud. Hal ini kerana, sepanjang tempoh kehilangan al-mafqud tersebut, hartanya dibekukan. Menurut laporan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), harta tanah al-Mafqud mencecah nilaian berbillion ringgit. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai masalah yang semakin kritikal dan amat sukar untuk diselesaikan di mana boleh menyebabkan kesan buruk kepada masyarakat Islam. Dalam masa yang sama, jika harta itu diuruskan dengan bijak, ia akan memberi kesan yang positif kepada masyarakat, ekonomi dan pendidikan umat Islam. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada pembekuan harta al-Mafqud di Malaysia. Skop kajian adalah harta tak alih al-Mafqud atau dikenali sebagai harta tanah al-Mafqud. Seterusnya objektif kedua ialah mengkaji kesan dan implikasi terhadap pembekuan harta tanah al-Mafqud. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnnya dengan penggunakan kaedah grounded theory. Seramai 10 responden terlibat dalam kajian menerusi persampelan bertujuan yang terdiri daripada pihak pewaris al-Mafqud dan wakil pihak berwajib. Data yang diperolehi di analisis dengan bantuan perisian Atlas.Ti. Hasil kajian mendapati empat punca utama pembekuan harta tanah al-Mafqud iaitu isu perundangan, kedudukan sosial, sikap, dan kelemahan agensi. Kajian mendapati isu ini telah membawa kesan dan implikasi kepada isu permilikan, pembangunan dan ekonomi, kualiti hidup dan pengurusan harta tanah. Ini jelas menunjukkan kesan pembekuan harta tanah al-Mafqud memberi impak yang besar kepada agama, pewaris dan negara. Manakala objektif ketiga ialah menggariskan cadangan kepada kerangka strategi penyelesaian terhadap harta tanah al-Mafqud di Malaysia. Antaranya kerangka strategi ini ialah aspek Pemerkasaan Perundangan, penubuhan Suruhanjaya, Pembentukan agensi khas dan pendekatan melalui kempen dan pendidikan. Wujudnya cadangan kerangka strategi penyelesaian ini di harap dapat membantu pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan pembekuan harta tanah al-Mafqud di Malaysia dan boleh dimanfaatkan sebaik mungkin

    The Issues of Unclaimed Properties in Malaysia

    Get PDF
    Unclaimed property in Malaysia has become one of the more hotly debated issues. So far unclaimed property value estimated to reach billions of Ringgit. This is a big number, and, if issues stay no action has taken, it will affect not only the society but also economic and national development. If the efficient property management system had to be set up it will have undoubtedly a positive impact. Therefore, there is a need to take a drastic action to find a comprehensive solution and alternatives for solving this issue. Hence, an effective asset management and an efficient estate planning towards unclaimed property must be practiced to ensure a smooth operation of the property management. Generally, unclaimed property is divided into two main categories. Firstly, the inherited estate from a deceased that is not claimed by the heirs and another one is the property the owner of which cannot be traced or missing, known as al-Mafqud in Islamic law. In this paper, the researcher has focused on the occurrence of unclaimed property in the context of missing persons. The results of this study are based on data gathered through a grounded theory from few agencies such as the Malaysian Civil and Shariah Courts, Small Estate Distribution Unit in the District Land Office and Amanah Raya Berhad as well as the heirs of missing persons. The information of missing person's heirs collected from Royal Malaysia Police (RMP) and the information clarified as confidential.  In general, the result shows that, there are for factors contributed to the issues of unclaimed properties in Malaysia; legislation, social status, behavior and the strength and weaknesses of related agency should be given consideration.  This results are expected to be catalyst to further action by the government to solve the issue of unclaimed property in Malaysia and concurrently contribute to enhance the quality of property management based on highest and best use concept

    The Implementation of Best Practice Model in Tenancy Management

    Get PDF
    Guidelines for property tenancy management in Malaysia have been set out in Malaysian Property Management Standards and several property-related acts. However, the implementation approach practiced by public and private practices differs according to the organization's functions and objectives. This study aims to develop a Tenancy Management Best Practice Model for Property of Mayor Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Hall (DBKL). Qualitative data collection, through three series of structured focus group discussions (FGDs) was conducted to develop a best practice model for tenancy management consisting of three tenancy phases, namely, (i) Pre-Tenancy, (ii) Tenancy Execution, and (iii) Post-Tenancy. Keywords: Tenancy, management; best practice model eISSN: 2398-4287 © 2022. The Authors. Published for AMER ABRA cE-Bs by e-International Publishing House, Ltd., UK. This is an open access article under the CC BYNC-ND license (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/). Peer–review under responsibility of AMER (Association of Malaysian Environment-Behaviour Researchers), ABRA (Association of Behavioural Researchers on Asians/Africans/Arabians) and cE-Bs (Centre for Environment-Behaviour Studies), Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA, Malaysia. DOI

    The Solution Strategics for Missing Person Property in Malaysia

    Get PDF
    Until 2021, the missing person's property value estimated to reach billions of ringgit, which is significant. It will have an impact not only on society but also on economic and national development. Hence, effective management and efficient estate planning towards missing personal property must be practiced to ensure a smooth property management operation. This study aims to find the solution strategics framework for Missing person's Property in Malaysia. Hopefully, these studies will help the government solve this issue in Malaysia and enhance the quality of property management based on the highest and best use concept. Keywords: Missing Person, Property, management, Solution framework eISSN: 2398-4287 © 2022. The Authors. Published for AMER ABRA cE-Bs by e-International Publishing House, Ltd., UK. This is an open access article under the CC BYNC-ND license (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/). Peer–review under responsibility of AMER (Association of Malaysian Environment-Behaviour Researchers), ABRA (Association of Behavioural Researchers on Asians/Africans/Arabians) and cE-Bs (Centre for Environment-Behaviour Studies), Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA, Malaysia. DOI: https://doi.org/10.21834/ebpj.v7i20.342

    Proceedings Impact of Indoor Environmental Quality (IEQ) on Academic Building to Psychology and Social of Students

    No full text
    Abstract Higher Education Institutions (HEIs) is one of the places to develop human capital development country. The conducive environment is required in order to determine the productivity and quality of the students and academic their performances. Indoor Environmental Quality (IEQ) in the Teaching and Learning (T&L) process can give impact on social psychology and students indirectly. IEQ elements are such as lighting, sound intensity, Indoor Air Quality (IAQ) and thermal comfort. Good IEQ is required to ensure the psychological and social impact on the negative side can be reduced which IEQ have to be improved. The scopes of studies are involving all the Public Higher Education Institutions (HEIs) in Malaysia. This investigation has been carried out by the survey method. A number of 500 respondents from 500,000 populations have been selected from 20 Public HEI. The questionnaires are including the psychology and social impact for IEQ condition. It can seen that the IEQ have some impact on the psychology and social of the students when they are in academic building. Some suggestion has been carried out to improve the IEQ in academic building. The collected data has been analyzed by using the Statistical Package for Social Science (SPSS). It can be concluded that, this research has providing a better understanding about IEQ in psychology and social. Additionally, this finding can be applied as a reference in the future for facility and property management and public in sustaining and optimizing the IEQ

    Penyelenggaraan Bangunan dalam Pengurusan Fasiliti: Elemen Mempengaruhi Kualiti Amalan Penyelenggaraan Bangunan

    Get PDF
    Amalan penyelenggaraan bangunan adalah komponen utama yang dapat menentukan prestasi dan kualiti sebuah organisasi atau bangunan. Namun begitu, tanpa pemahaman dan kemahiran yang diperlukan, matlamat sebenar penyelenggaraan tidak dapat dicapai. Artikel ini menerangkan elemen yang mempengaruhi amalan penyelenggaraan bangunan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan literatur yang berkaitan dengan amalan penyelenggaraan bangunan terbaik. Dapatan kajian ini adalah tujuh elemen iaitu elemen pengurusan am, pengurusan staff, kewangan, pengurusan kontraktor, teknikal dan teknologi, bangunan dan kesedaran. Hasil data ini menunjukkan bahawa gabungjalin diantara elemen ini akan menjadikan amalan penyelenggaraan bangunan yang efisien dan sistematik

    Penyelenggaraan bangunan dalam pengurusan fasiliti: elemen mempengaruhi kualiti amalan penyelenggaraan bangunan

    No full text
    Amalan penyelenggaraan bangunan adalah komponen utama yang dapat menentukan prestasi dan kualiti sebuah organisasi atau bangunan. Namun begitu, tanpa pemahaman dan kemahiran yang diperlukan, matlamat sebenar penyelenggaraan tidak dapat dicapai. Artikel ini menerangkan elemen yang mempengaruhi amalan penyelenggaraan bangunan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan literatur yang berkaitan dengan amalan penyelenggaraan bangunan terbaik. Dapatan kajian ini adalah tujuh elemen iaitu elemen pengurusan am, pengurusan staf, kewangan, pengurusan kontraktor, teknikal dan teknologi, bangunan dan kesedaran. Hasil data ini menunjukkan bahawa gabungjalin diantara elemen ini akan menjadikan amalan penyelenggaraan bangunan yang efisien dan sistemati
    corecore